pagi
Seperti yang telah dirancang, abah dan bonda ku pulang ke kampung kerana sebab sebab yang tidak perlu diperkatakan. Pada jam 7 pagi, kami, anak-anak telah dibangunkan oleh na kerana mereka berdua sudah hendak berangkat. Sebelum berangkat pergi, abah seperti biasa akan mengelap kereta nya walaupun tahu bahawa perjalanan ke kampung akan menyebabkan badan kereta nya akan dipenuhi dengan 'debu debu cinta' kembali. Dan tiba-tiba, abah terperanjat *haaaaahhhhh*. Aku pun tertanya tanya apa yang telah berlaku. Jadi, aku pun berjalan ke ruangan meletak kereta di halaman rumah kami dan aku terdiam seketika *wuahhhhh* kerana terkejut berok. Pasti ramai yang tertanya tanya apa yang telah berlaku bukan? Di dapati ada serpihan serpihan kaca diantara kereta. Pada mulanya, ia tidak dihirau oleh abah ku kerana ia kelihatan seperti dedaun kecil yang telah 'layu di pusara' (wana coklet lh) yang memang sering beterbangan di laman rumah kami. Dan setelah dikaji di makmal, rupa rupanya ia bukannya daun tetapi BOTOL ARAK *wooooo*. Aku pun mula teringat sesuatu. Di AWAL pagi itu, aku ada mendengar kereta melimpas depan rumahku yang dipandu dengan laju sekali dan terus menghasilkan bunyi *keleeencinggggg* tetapi aku tidak menghiraukannya kerana di fikiran ku ianya mungkin cuma bunyi di luar jalan tambahan pula kereta itu laju, mungkin ia terlanggar botol di jalanan. Rupa rupanya aku salah tetapi nasib menyebelahi kami kali ini, tiada apa apa yang telah dicelakakan oleh botol si pemabuk jahanam itu. sungguh gai orang itu. hahahhaha eeeyhh sik ngutik apaaaaa mun gyaa. gilaaaaaaaa lh~ huh ya jak lah tek.. gilaaaaaaaaaaaa org ya~ orang lain mabok juak, xda over gya..ee~

malam
Ami maey telah mengundang kami (cece, era & diriku ini) untuk makan malam. Adek, seperti biasa, tidak pergi bersama kami kerana dia ada janji dengan teman lelaki dia sendiri. Abang pula sibuk dengan kawan kawan 'CMA' nya itu. Jam 7 malam aku pun bersiap siap tanpa tahu ke mana arah tuju kami untuk makan malam. Jam 8++ kami pun bertolak (masih tidak tahu tempat makan yang hendak diredah) dan setelah lelah memerah otak, cece pun berkata "MP jak lah, eyhh tapi ada x tempat oo". Kami pun pergi mencari tempat letak kereta yang sesuai(hahahha!) dan selamat. Dan sekali lagi, nasib menyebelahi kami, tidak terlalu ramai orang yang berada di situ. Persekitaran di situ sungguh membosankan, Pasangan pasangan yang ada di situ langsung tidak romantik dan Pekerja pekerjanya sungguh tidak bersemangat untuk berkhidmat untuk negara. Secara keseluruhannya, MP BOSANNNNNNN~ Di sini saya sertakan gambar gambar yang tidak berapa menarik.

No comments:
Post a Comment